Sunday, August 5, 2007

The Battles Begin



Perisai Komuniti menyaksikan Chelsea akan menurunkan tiga pemain yang baru dibelinya Pizarro, Sidwell dan Malouda sementara United membariskan Nani, Anderson dan Hargreaves

BUAT pertama kalinya selepas tujuh tahun, perlawanan pembukaan, Perisai Komuniti FA kembali menjengah di Stadium Wembley antara dua gergasi, Manchester United dan Chelsea, hari ini.

Berdasarkan pencapaian musim lalu, skuad kebanggaan Sir Alex Ferguson tampil hebat selaku pasukan utama England sejurus mengungguli saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, Chelsea selayaknya merasa megah apabila menafikan kemaraan United di final Piala FA dan lebih ironinya apabila ia berlaku di Wembley.
Semestinya dua kelab itu bakal memperbaharui sengketa mereka dalam saingan tradisional ini, dengan harapan meletakkan satu tanda aras kepada pasukan lain dalam kempen terkini EPL.

Kedua-dua pasukan bakal menampilkan pemain baru yang diperolehi sejak musim panas lalu. Namun, wujud perbezaan kini apabila United lebih heboh dengan ramai pengambilan baru sementara Chelsea lebih senang mendiamkan diri.

Skuad The Red Devils itu mungkin menurunkan barisan baru seperti Owen Hargreaves, Nani serta Anderson di samping mengekalkan gandingan tangkas, Ryan Giggs dan Wayne Rooney yang nyata menjadi harapan utama skuad.

The Blues pula terjebak dilema berikutan kecederaan pemain utamanya Michael Ballack dan Wayne Bridge yang mengalami masalah buku lali.

Salomon Kalou juga terpaksa diketepikan kerana kecederaan lutut dan hanya Frank Lampard menjadi harapan meskipun turut mengalami masalah ibu jari kaki.

Bagaimanapun, seperti biasa, Jose Mourinho percaya tiada pasukan lain lebih unggul melainkan Chelsea bagi menumbangkan United.

Mourinho berjaya merangka pelan terbaik untuk mengatasi United di final Piala FA, musim lalu, dan mungkin menggunakan formula sama dalam pertemuan kali ini.

Salam persahabatan sekali lagi kepada saudara/i yang sudi meluangkan masa melayari dan membaca segala citra yang aku sampaikan di sini.Untuk citra kali ini aku ingin mengulas tentang isu Bahasa Malaysia dan keintegritiannya.Semua ini dilakukan merujuk kepada blog milik seorang sahabat "from the east" saudara ahmad ridzuan.Beliau ada menulis berkenaan Bahasa Jiwa Bangsa.

Bila aku membaca artikel atau entri beliau berkenaan terdetik dalam hati aku persoalan yang sama sebagai mana ramai rakyat Malaysia sedang fikirkan.Adakah benar sekarang Bahasa Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Bahasa Melayu masih lagi bahasa kebangsaan.Itulah yang cuba kita selesaikan dari dulu sampailah kehari ini 5 Ogos 2007.Sesudah 50 tahun negara merdeka pun kita masih menggapai-gapai untuk mancari identiti bangsa dan bahasa sendiri.

Di katakan melalui penggunaan Bahasa Malaysia ini lah yang mampu untuk menyatukan masyarakat majmuk di negara kita.Tetapi benarkah begitu saudara/i pembaca sekalian.Melalui pengalaman aku sendiri rancangan kerajaan ini tidak akan berkesan jika tidak ada penggunaan sacara menyeluruh daripada semua rakyat Malaysia.Aku mengambil contoh mudah melalui pengalaman aku sendiri sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia Timur (maaf nama sekolah terpaksa di rahsiakan).Majoriti guru yang mengajar di sekolah berkenaan adalah berbangsa Iban.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang berbangsa Melayu.Tetapi apa yang boleh dilihat melalui pemerhatian aku ialah guru-guru kaum Melayu dan guru-guru kaum Iban ini amat susah untuk bersatu dalam apa sahaja bidang dan aktiviti yang dilakukan.Sebab utama perkara ini terjadi amat mudah saudara/i.Masalah penggunaan bahasa.Guru-guru kaum Iban ini terlalu menggunakan bahasa ibunda mereka Bahasa Iban.Sementara itu guru kaum Melayu hanya pandai berbahasa Melayu.Di sebabkan masalah ini lah timbul pelbagai kerumitan untuk 2 kaum bersatu dan menjadi bangsa Malaysia yang utuh.

Kita semua masih di dalam Malaysia (malaysia timur dan barat).Kenapa amat susah untuk berbahasa kebangsaan.Naikkan taraf dan integriti bahasa kebangsaan kita.Jika tidak mengapa kita secara rela mengakui Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan jika tidak menggunakannya.Pikir-pikir lah.Adios

p/s:Terima kasih kepada saudara ahmad ridzuan kerana memberikan aku idea untuk di coretkan dalam citra kali ini dan juga terima kasih untuk pic di atas,heheh jangan marah.

Saturday, August 4, 2007

Alam Ciptaan Yang Esa




Salam persahabatan buat semua yang sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca coretan dan nukilan ikhlas daripada aku.Kali ini aku akan menceritakan betapa indah dan agungnya ciptaan Allah S.W.T di dunia ini.
Kalau kita lihat sekeliling kita pun sudah memadai untuk kita mengucapkan kalimah kesyukuran kapada Allah.Lihat sahaja bagaimana indahnya kejadian gunung ganang,bukit bukau,lautan yang luas terbentang tanpa jemu sentiasa menghempas pantai,kehijauan hutan,kehangatan sang mentari dan keadaan malam yang sunyi dan nyaman.Lupakah kita semua terhadap samua ini?Sebagai hamba yang kerdil seharusnya kita sentiasa menjaga ciptaan Allah ini sebaiknya.Semua yang ada di muka bumi ini adalah sementara semata-mata.Segalanya di pinjamkan oleh Allah untuk kegunaan kita di alam duniawi sahaja.Ibarat kita meminjam duit daripada bank a.k.a buat loan Bank Rakyat mahupun bank lain,begitu juga kita meminjam segala kejadian yang Allah ciptakan.Sampai masa kita harus memulangkannya tetapi hanya masa yang menentukan samaada sekarang,besok,lusa,10 tahun,100 tahun atau 1000 tahun lagi hanya Allah yang mengetahui.Tetapi bila sampai masa berkenaan,cubalah tanya diri masing-masing,patutkah kita kembalikan sesuatu milik orang lain dalam keadaan yang rosak?Begitu juga alam ini saudara ku sekelian.Allah memberikan kita satu alam yang cantik,yang aman,yang bersih tetapi bila sampai masa untuk mengembalikannya ianya tidak lagi seperti dahulu.Pada masa sekarang banyak pencemaran telah berlaku.Banyak peperangan telah meletus.Banyak hutan menghijau manjadi gondol.Banyak lautan telah tercemar dan macam-macam lagi perkara buruk telah berlaku terhadap alam ini.Salah siapa semua ini?Satu persoalan yang amat mudah untuk kita semua jawab saudara sekalian.Siapa lagi yang menduduki bumi ini selain manusia.Siapa lagi makhluk ciptaan Allah yang berakal fikiran di bumi ini selain manusia.Bukan kah manusia hanya meminjam sahaja alam ini?Mengapakah manusia harus mengkhianati perkara yang di pinjam?Tidak sedarkah manusia bahawa hidup kita tidak lama di alam sementara ini.Jadi di sini saya menyeru agar saudara-saudara sekalian dapat menjaga dengan baik alam ini.Jangan lah jadikan ia sebagai satu perkara remeh.Akhir kata marilah kita meningkatan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesempurnaan alam.Wassalam. 

Relationship Advice - Five Things A Woman Needs From Her Man



Apa khabar semua.Nice to meet you all again.Tidak ada aper yang hendak diperkatan buat masa ini cuma disini aku nak memberikan satu artikel yang berguna kepada mereka yang tengah hangat bercinta.So bacalah artikel ini dan hayatilah segala isi tersurat mahupun tersirat yang terdapat di dalam artikel ini.Mintak maaf banyak- banyak terlebih dahulu kerana  aku tidak sempat translate artikel ni kedalam bahasa melaysia.
Heheh..maybe nextime aku upload artikel dalambahasa malaysia pulak.Just wait and see.For this time take your time and read it carefully.Adios...

Relationship Advice - Five Things A Woman Needs From Her Man

Good relationship advice is important to every couple that is involved in a relationship. Whether you're man or a woman, you should be aware of the five things that every woman needs from her man. Without doubt there are other things that could be contributed to this list, but I believe that at least these five "needs" are necessary to the success of your relationship.

If you are a man, work at providing them. If you are a woman, understand that unnecessary frustration is in store if your man doesn't recognize the importance of offering you with these five things.

1. A woman should feel appreciated. Now you might be surprised that I didn't begin with her desire for love. Most men will say, "I love you." But they may not appreciate their woman how she needs to be appreciated.

2. A woman should share a deep emotional bond with her man. Now what am I referring to? Women feel more secure when they see that their man is in touch with his feelings. They appreciate knowing that you have feelings and that you are not ashamed to share them.

3. A woman needs you to feel she is feminine and sexy. This makes obvious sense, but it is surprising how many men don't make much of an effort to convey their feelings about how they view their woman. Do you find her beautiful and lovely? Do you find her sexy? Then say so to her.

4. A woman should have a man who knows how to be romantic. What do I mean by romantic? Romance is a state of mind. It's finding the little things, like the way your girl's mouth moves when she's flirting with you or how much you appreciate her. But even more primary, it's taking the time and doing something about it. A romantic gesture from you is the true language of your woman's heart.

5. A woman needs a man who they can respect. One of the building blocks of any beneficial relationship is respect. If a woman stops trusting her man, it may end up killing their relationship. Though it can be difficult, if you really love your woman, you need to "be the man" and tell her plainly that you expect her to treat you with respect.


So sudah habis baca ker?This articel aku ambik dari http://EzineArticles.com/?expert=John_Souter





p/s : John Souter is a licensed minister and president of Maui Me, Inc., a full-service wedding          coordination service. He has officiated and coordinated Maui Weddings for more than         eight years. He is also the author of 50 books and multitudes of articles, scripts and         papers.




Blogging World




Bile sahaja menyebut perkataan blog aku pasti ramai lagi yang masih terpinga-pinga aper dia blog tuh.Sama macam aku juga masa mula-mula nak start membina blog nih.Walaupun sampai sekarang pengetahuan aku berkenaan blog masih lagi di tahap limited,tetapi day by day aku santiasa dapat belajar sesuatu yang baru.Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada aku untuk memantapkan lagi pengetahuan aku ini.Terutamanya saudara Ahmad Ridzuan.Thanks bro! Tanpa mu siapalah aku di arena blog ini.Heheheh..Happy to enter the new world.Blogging World.Until we meet again.TQ