
Salam persahabatan sekali lagi kepada saudara/i yang sudi meluangkan masa melayari dan membaca segala citra yang aku sampaikan di sini.Untuk citra kali ini aku ingin mengulas tentang isu Bahasa Malaysia dan keintegritiannya.Semua ini dilakukan merujuk kepada blog milik seorang sahabat "from the east" saudara ahmad ridzuan.Beliau ada menulis berkenaan Bahasa Jiwa Bangsa.
Bila aku membaca artikel atau entri beliau berkenaan terdetik dalam hati aku persoalan yang sama sebagai mana ramai rakyat Malaysia sedang fikirkan.Adakah benar sekarang Bahasa Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Bahasa Melayu masih lagi bahasa kebangsaan.Itulah yang cuba kita selesaikan dari dulu sampailah kehari ini 5 Ogos 2007.Sesudah 50 tahun negara merdeka pun kita masih menggapai-gapai untuk mancari identiti bangsa dan bahasa sendiri.
Di katakan melalui penggunaan Bahasa Malaysia ini lah yang mampu untuk menyatukan masyarakat majmuk di negara kita.Tetapi benarkah begitu saudara/i pembaca sekalian.Melalui pengalaman aku sendiri rancangan kerajaan ini tidak akan berkesan jika tidak ada penggunaan sacara menyeluruh daripada semua rakyat Malaysia.Aku mengambil contoh mudah melalui pengalaman aku sendiri sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah di Malaysia Timur (maaf nama sekolah terpaksa di rahsiakan).Majoriti guru yang mengajar di sekolah berkenaan adalah berbangsa Iban.
Hanya sebilangan kecil sahaja yang berbangsa Melayu.Tetapi apa yang boleh dilihat melalui pemerhatian aku ialah guru-guru kaum Melayu dan guru-guru kaum Iban ini amat susah untuk bersatu dalam apa sahaja bidang dan aktiviti yang dilakukan.Sebab utama perkara ini terjadi amat mudah saudara/i.Masalah penggunaan bahasa.Guru-guru kaum Iban ini terlalu menggunakan bahasa ibunda mereka Bahasa Iban.Sementara itu guru kaum Melayu hanya pandai berbahasa Melayu.Di sebabkan masalah ini lah timbul pelbagai kerumitan untuk 2 kaum bersatu dan menjadi bangsa Malaysia yang utuh.
Kita semua masih di dalam Malaysia (malaysia timur dan barat).Kenapa amat susah untuk berbahasa kebangsaan.Naikkan taraf dan integriti bahasa kebangsaan kita.Jika tidak mengapa kita secara rela mengakui Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan jika tidak menggunakannya.Pikir-pikir lah.Adios
p/s:Terima kasih kepada saudara ahmad ridzuan kerana memberikan aku idea untuk di coretkan dalam citra kali ini dan juga terima kasih untuk pic di atas,heheh jangan marah.
No comments:
Post a Comment