Assalamualaikum...For this entries i will writte in Bahasa Melayu because the joy i suffer can't be written in English. Tepat jam 7.35 petang hari ini sesudah aku berbuka puasa, aku memenuhi masa yang terluang sebelum mandi dan pergi kemasjid untuk solat terawih dengan melayari internet. Tetapi entah kenapa hari ini hati aku berdetik supaya aku membuka laman web Airasia untuk melihat tiket. Sedangkan sudah berkali-kali aku lihat tetapi tiket untuk aku pulang berhari raya di kampung tetap tidak ada. Sebaik sahaja aku membuka laman web tersebut aku terus memasukkan data yang sepatutnya untuk booking tiket. Tujuan aku hanya satu, sekadar untuk melihat tiket Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada 11 Oktober ini kerana pada masa itulah aku mula cuti. Pada malam sebelum ini keputusannya tetap sama semua tarikh pada 11 da 12 Oktober untuk perjalanan sama telah habis di tempah. Tetapi pada malam ini nasib aku terlalu baik. Aku amat bersyukur kepada Tuhan Yang Esa kerana tiket Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada 11 Oktober masih lagi ada. Mungkin Airasia mengadakan penerbangan tambahan. Gembiranya aku tidak terkata kerana dengan tiket itu aku dapat balik beraya di kampung halaman. Lantas tanpa membuang masa aku terus mengeluarkan kad kredit aku dan menempah tiket tersebut. Dan kini aku sudah dapat balik beraya di kampung. Itulah sebabnya aku amat bersyukur kepada Allah s.w.t pada hari ini. Selamat Hari Raya kepada semua.

Penyata tempahan tiket Kuching ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober

Penyata tempahan tiket Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada 11 Oktober
1 comment:
aik...bulih balik beraya kt kg jgk...nasib baik ada lg tiket..
Post a Comment